Posted by: Admin | 20 Mac 2009

Selamat Datang Semua

Selamat Datang.

Imbasan Aktiviti Sekolah Kebangsaan Kahang dan juga maklumat umum

Kembali ke Laman Utama

Posted by: Admin | 27 Oktober 2010

CAMP AT SEDILI DAMAI RESORT

Camp At Sedili Damai Resort selama 2 hari 1 malam mengiringi murid-murid tahun 6 seramai 40 orang dengan menaiki 12 buah kereta guru. Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih lanjut tentang ilmu-ilmu perkhemahan dan sara diri kepada murid tahun 6 sebagai persediaan melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi. Mula bertolak dari sekolah sekitar jam 8.00 pagi yang melalui jalan Kluang – Mersing dan sampai ke Sedili Damai Resort sekitar jam 12 tengah hari.

Advertisement
Posted by: Admin | 25 Ogos 2010

UNIT BADAN BERUNIFORM PENGAKAP – PELITA BULUH

Tarikh : 25 Ogos 2010
Hari : Rabu
Masa : 12.00 t/hari – 1.00 Petang
Tempat : Dataran berbumbung

Tujuan ;

Aktiviti Pengakap minggu ini membuat pelita buluh. Pelita yang cukup sinonim dalam bulan ramadhan dan hari raya ini dibuat dengan menggunakan buluh. Objektif di sini ialah membentuk kerjsama berpasukan antara ahli kumpulan pengakap dalam membuat pelita buluh yang menarik dan kreatif.

Lihat Album Online

Posted by: Admin | 23 Ogos 2010

Majlis Pelancaran Sifir Di Tangan

Tarikh : 23 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi

Dianjurkan oleh Panatia Matematik dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kahang, Tuan Haji Ab. Rahaman bin Ahmad.
Bertujuan untuk menggalakkan murid menghafal dan mengingat sifir walau di mana mereka berada.

Posted by: Admin | 16 Ogos 2010

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Telah diadakan pada;
Isnin
06 Ogos 2010
7.15 pagi hingga 9.30 pagi

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kemerdekaan dan menghayati pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu di kalangan murid SK Kahang.

Lihat Album Online

Posted by: Admin | 11 Ogos 2010

Kem Bestari Solat 2010

Telah diadakan pada;

Isnin
09 Ogos 2010
7.15 pagi hingga 1.15 tengahari
Program yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 5 yang turut dibantu
oleh guru-guru lain…
Lihat Album Online

Telah diadakan pada;Isnin09 Ogos 20107.15 pagi hingga 1.15 tengahari
Program yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 5 yang turut dibantuoleh guru-guru lain.
Lihat Album Online

Posted by: Admin | 11 Ogos 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Kahang…

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
&
Selamat Menjalani Ibadah Puasa….
Posted by: Admin | 7 April 2010

Kejohanan Ragbi Rimau@Sentuh MSSD Kluang 2010

Telah diadakan pada;
Selasa
06 April 2010
8.00 pagi
Bertempat di SK Kahang Barat,Kluang

Keputusan Akhir : SK Kahang vs SK Kahang Barat—-> SK Kahang Johan MSSD Ragbi Rimau

Jurulatih : Ustaz Shazali b. Ali

Pengurus : Cikgu Suzaidi b. Suhod

Murid terpilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri di ledang….

1. Mohd Imran Haizat

2.Abdul Muhaimin

3. Mohd Shafie

4. Abdul Amin

Lihat Album

Kejohanan Ragbi Sentuh MSSD Kluang
Posted by: Admin | 4 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36

Telah diadakan pada;
Jumaat
26 Mac 2010
2.30 petang
Dirasmikan oleh YB Dato’ Abd. Hamid b. Mohd. Nazahar
(S/U Politik YB Dato’ Seri Hishammuddin b. Tun Hussien)

Posted by: Admin | 4 April 2010

Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 Kali Ke-2

Telah diadakan pada ;

Khamis

01 Mac 2010

8.00 hingga 10.30 pagi

Jemputan : 2 orang bekas murid SK Kahang yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2009 sebagai motivasi kepada ibubapa dan murid tahun 6.

Posted by: Admin | 12 Mac 2010

Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah

Telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Kahang, Pn. Hanizah bt Ali pada 01 Mac 2010 yang lalu. Program ini adalah bertujuan memupuk dan menanam sikap dan semangat ingin sentiasa hadir ke sekolah dalam diri semua murid-murid SK Kahang.

Older Posts »

Kategori